AL KISSAH, cara guru mengajari santrinya :
"kamu bawa uang ?" tanya guru pada santri, tanpa pikir panjang santripun jawab "beto" (bawa!) "mana aku minta ! itu yang warna merah " tambah guru. Dengan memilih yang warna merah dalam dompetnya santri lantas melihat guru sambil mengulurkan tangan sambil berucap "niki /ini !", Tidak cukup disitu gurupun mbalik bertanya. Iklas yooo.. ? bahasa arab yang keluar dengan logat jawa yang tanpa huruf "H", langsung dijawab "Inggih". langsung uang yang terlanjur dipegang guru itupun langsung dikembalikan kepada santrinya.
|
BUKTI-BUKTI PENGUAT
IKHLAS
Fit-Thariq
Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Ikhlas
itu mempunyai bukti penguat dan tanda-tanda yg banyak sekali, cthnya dlm
kehidupan orang yg mukhlis; dlm tindak-tanduknya, dlm pandangan terhadap
dirinya dan juga orang lain.Di antaranya adalah:
Pertama:
Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan menyebarnya
kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yg
mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bhw penerimaan amal di sisi Allah
hanya dgn cara sembunyi-sembunyi, tdk secara terang-terangan dan didedahkan.
Sbb andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tdk
baik yg masuk ke dlm dirinya, maka sedikit pun manusia tdk memerlukan
kemasyhuran itu di sisi Allah.
Maka dr itu zuhud dlm masalah
kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yg serba gemerlap lbh besar drp
zuhud dlm masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab
az-Zuhri berkata: “Kami tdk melihat zuhud dlm hal tertentu yg lbh sedikit drp
zuhud dlm kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dlm masalah makanan,
minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-bahagikan kedudukan, tentu mereka
akan berebut dan meminta lbh banyak lagi.”
Inilah yg membuat para ulama salaf
dan orang-orang shaleh antara mereka mengkhuatirkan dan menyangsikan hatinya dr
ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh
krn itu mereka memperingatkan hal ini kpd murid-muridnya. Para pengarang buku
tlh meriwayatkan dlm pelbagai gambaran ttg tingkah laku ini, spt Abu Qasim
a-Qusyairi dlm ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dlm Qutul-Qulub, dan al-Ghazali
di dlm al-Ihya’.[i]
Begitu pula yg dikatakan seorang
zuhud yg terkenal, Ibrahim bin Adham, “Allah tdk membenarkan orang yg suka
kemasyhuran.”
Beliau juga berkata, “Tdk sehari pun
aku berasa gembira di dunia kecuali hanya sekali. Pd suatu mlm aku berada di
dlm masjid salah satu desa di Syam, dan ketika itu aku sdg sakit perut. Lalu
muazzin dtg dan menyeret kakiku hingga keluar dr masjid.”
Beliau berasa senang krn muazzin
tersebut tdk mengenalinya. Maka dr itu beliau diperlakukan secara kasar,
kakinya diseret spt seorang pesakit. Beliau meninggalkan kedudukan dan
kekayaannya krn Allah. Sebenarnya ketika itu beliau tdk ingin keluar jika tdk
sakit.
Seorang zuhud yg terkenal, Bisyr
al-Hafy berkata, “Saya tdk mengenal orang yg suka kemasyhuran melainkan agama
menjadi sirna dan dia menjadi hina.”
Beliau juga berkata, “Tdk akan
merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yg suka terkenal di tgh manusia.”
Seseorang prnh menyertai perjalanan
Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, “Berilah aku nasihat.”
Ibn Muhairiz berkata, “Jika boleh
hendaklah engkau mengenal tetapi tdk dikenal, berjalanlah sendiri dan jgn mahu
diikuti, bertanyalah dan jgn ditanya. Lakukanlah hal ini.”
Ayyub as-Sakhtiyani berkata,
“Seseorang tdk berniat secara benar krn Allah kecuali jika dia suka tdk
merasakan kedudukannya.”
Khalid bin Mi’dan adalah seorang
ahli ibadah yg dipercayai. Jika semakin ramai orang-orang yg berkumpul di
sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi krg takut dirinya menjadi
terkenal.
Salim bin Handzalah menceritakan,
“Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di blkg Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba
Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya.”
Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, “Wahai
Amirul Mu’minin, apakah yg tlh engkau lakukan?”
Jawab Umar, “Sesungguhnya kejadian
ini merupakan kehinaan bg yg mengikuti dan ujian bg yg diikuti.”
Ini merupakan perhatian Umar bin
al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yg pd permulaannya boleh
menimbulkan kesan dan pengaruh yg jauh terhadap kejiwaan orang-orang yg
mengikuti dan sekaligus orang yg diikuti.
Diriwayatkan dr al-Hasan, beliau
berkata, “Pd suatu hari Ibn Mas’ud keluar dr rumahnya, lalu diikuti beberapa
orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: “Ada apa kamu
mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku,
dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”
Pd suatu hari al-Hasan keluar rumah
lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, “Apakah kamu ada keperluan kpdku?
Jika tdk, mengapa kejadian spt ini masih tersemat dlm hati orang Mu’min?”
Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu
perjalanan, lalu ada beberapa orang yg mengalu-alukan kedatangannya. Beliau
berkata, “Andaikata tdk krn aku tahu bhw Allah mengetahi isi hatiku ttg
ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dr Allah.”
Ibn Mas’ud berkata, “Jadilah kamu
sbg sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pd waktu mlm dan
pembaharu hati yg diketahui penduduk langit, namun tdk dikenal penduduk bumi.”
Al-Fudhayl ibn Iyadh berkata, “Jika
engkau sanggup utk tdk dikenal, maka lakukanlah. Apa sukarnya engkau tdk
dikenal? Apa sukarnya engkau tdk disanjung-sanjung? Tdk mengapalah engkau
tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah.”
Athar-athar ini tdk mengajak kpd
pengasingan atau uzlah. Orang-orang yg menjadi sumber riwayat ini adalah para
imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yg amat baik dlm menyeru masyarakat,
mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yg dpt difahami dr sejumlah
penyataan mereka adalah kebangkitan dr naluri jiwa yg tersembunyi, kewaspadaan
terhadap tipudaya yg disusupkan syaitan ke dlm hati manusia, jika hati mereka
dicampuri hal-hal yg serba gemerlap dan dikelilingi orang-orang yg
mengikutinya.
Kemasyhuran itu sendiri bknlah suatu
yg tercela. Tiada yg lbh masyhur drp para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan
imam-imam mujtahidin. Tetapi yg tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan
kedudukan, serta sgt bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita
ini tdklah menjadi masalah, sekali pun ia ttp menjadi ujian bg orang-orang yg
lemah, spt yg dikatakan oleh Imam al-Ghazali.
Sejajar dgn pengertian ini yg tlh
disebutkan dlm hadith Abu Dzar drp Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bhw
Baginda prnh ditanya ttg seorang lelaki yg melakukan suatu amal kebajikan krn
Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.
Maka Baginda menjawab, “Itu kurnia
yg didahulukan, sekaligus khabar gembira bg orang Mu’min.” (HR Imam
Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Ada pula lafaz lain, “Seseorang
melakukan amal krn Allah lalu orang-orang pun menyukainya..”
Pengertian spt inilah yg ditafsirkan
oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan alin-lainnya.
Begitu pula hadith yg ditakhrij Imam
at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dr hadith Abu Hurairah, bhw ada seorang lelaki
berkata, “Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang
melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub
kpdnya.”
Baginda bersabda, “Dia mempunyai dua
pahala, pahala krn merahsiakan dan pahala memperlihatkan.”
Kedua:
Menuduh Diri Sendiri
Orang yg mukhlis sentiasa menuduh
diri sendiri sbg orang yg berlebih-lebihan di sisi Allah dan krg dlm
melaksanakan pelbagai kewajipan, tdk mampu menguasai hatinya krn terpedaya oleh
suatu amal dan takjub pd dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata
keburukan-keburukannya tdk diampunkan dan takut kebaikan-kebaikannya tdk
diterima.
Krn sikap spt ini, ada sebahagian di
antara para salaf yg menangis tersedu-sedu ketika jatuh sakit. Beberapa orang
yg menziarahinya bertanya, “Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka
berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah,
mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?”
Beliau menjawab, “Apa yg
membuatkanku tahu bhw hanya sedikit dr amal-amalku yg masuk dlm timbanganku dan
juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah tlh berfirman, Allah
hanya menerima (amal) dr orang-orang yg bertaqwa,”
Satu-satunya sumber taqwa adalah
hati. Maka dr itu al-Quran menambahinya dgn firman Allah yg bermaksud: “Maka
sesungguhnya itu timbul dr ketaqwaan hati..” (al-Hajj: 32)
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda:
“Taqwa itu ada di
sini,” Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah
dadanya. (HR Imam Muslim)
Sayyidah Aishah prnh bertanya kpd
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ttg orang-orang yg dinyatakan dlm
firman Allah bermaksud: “Dan orang-orang yg memberikan apa yg tlh mereka
berikan dgn hati yg takut, (krn mereka tahu bhw) sesungguhnya mereka akan
kembali kpd Rabb mereka.” (al-Mu’minun: 60)
“Apakah mereka orang-orang yg
mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kpd Allah?”
Baginda menjawab, “Bkn wahai puteri
as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yg mendirikan solat, berpuasa,
mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tdk diterima. Mereka itu
bersegera utk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yg segera
memperolehinya.” (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)
Orang yg mukhlis sentiasa takut
terhadap riya’ yg menyusup ke dlm dirinya, sdg dia tdk menyedarinya. Inilah yg
disebutsyahwah khafiyyah yg menyusup ke dlm diri orang yg meniti
jalan kpd Allah tanpa disedarinya.
Dlm hal ini Ibn ‘Atha’illah
memperingatkan, “Kepentingan peribadi dlm kederhakaan amat jelas dan terang.
Sdgkan kepentingan peribadi di dlm ketaatan tersamar dan tersembunyi. Padahal
menyembuhkan apa yg tdk nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yg masuk ke
dlm dirimu dan orang lain juga tdk melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang
lain melihat kelebihanmu merupakan budi ketidakjujuranmu dlm beribadah. Maka
kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah
terhadap dirimu. Tdk perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat
di mata mereka.”
Ketiga:
Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dr Liputan
Amal yg dilakukan secara diam-diam
harus lbh disukai drp amal yg disertai liputan dan didedahkan. Dia lbh suka memilih
menjadi perajurit bayangan yg rela berkorban, namun tdk diketahui dan tdk
dikenali. Dia lbh suka memilih menjadi bahagian dr suatu jamaah, ibarat akar
pohon yg menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tdk terlihat oleh
mata, tersembunyi di dlm tanah; atau spt asas bangunan. Tanpa asas, dinding tdk
akan berdiri, atap tdk akan dpt dijadikan berteduh dan bangunan tdk dpt
ditegakkan. Tetapi ia tdk terlihat, spt dinding yg terlihat jelas. Syauqy
berkata di dlm syairnya:
Landasan yg tersembunyi
Tdk terlihat mata krn
merendah
Bangunan yg menjulang
tinggi
Di atasnya dibangun
megah
Di bahagian sblm ini tlh dikemukakan
hadith Mu’adz, “Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yg berbuat kebaikan,
bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tdk hadir mereka tdk diketahui.
Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dr setiap tempat yg
gelap.”
Keempat: Tdk
Memerlukan Pujian Dan Tdk Tenggelam Oleh Pujian
Tdk meminta pujian orang-orang yg
suka memuji dan tdk bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya,
maka dia tdk terkecoh ttg hakikat dirinya di hdpn orang yg memujinya, krn mmg
dia lbh mengetahui ttg rahsia hati dan dirinya drp orang lain yg boleh tertipu
penampilan dan tdk mengetahui batinnya.
Ibn ‘Atha’illah berkata, “Orang-orang
memujimu dr persangkaan mereka ttg dirimu. Maka adalah engkau orang yg mencela
dirimu sendiri krn apa yg engkau ketahui pd dirimu. Orang yg paling bodoh
adalah yg meninggalkan keyakinannya ttg dirinya krn ada persangkaan orang-orang
ttg dirinya.”
Diriwayatkan dr Ali bin Abi Thalib
radhiallahu ‘anh, bhw jika dipuji orang lain maka beliau berkata, “Ya Allah,
jgnlah Engkau hukum aku krn apa yg mereka katakan. Berikanlah kebaikan kpdku dr
apa yg tdk mereka ketahui.”
Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata
kpd orang-orang yg mengekori dan mengerumuninya, “Andaikata kamu tahu alasanku
menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tdk akan dpt mengikutiku.”
Padahal beliau adalah sahabat yg menonjol, pemuka petunjuk dan pelita Islam.
Sekumpulan orang memuji seorang
Rabbani. Lalu dia mengadu kpd Allah sambil berkata, “Ya Allah, mereka tdk
mengenalku dan hanya Engkaulah yg mengetahui siapa diriku.”
Salah seorang yg shaleh bermunajat
kpd Allah, krn sebahagian orang ada yg memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan
kemuliaan akhlaknya:
Mereka berbaik sangka
kpdku
Padahal hakikatnya
tdklah begitu
Tetapi aku adalah orang
yg zalim
Sbgmana yg Engkau sedia
maklum
Kau sembunyikan semua
aib yg ada
Dr pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian
menawan
Sbg tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tdk layak
dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Jgnlah Engkau hinakan
aku
Pd Hari Qiamat di tgh
mereka
Jadikanlah aku yg mulia
Termasuk yg hina dina
Penyair yg shaleh ini mengisyaratkan
makna yg lembut dan sgt penting, iaitu keindahan tabir yg diberikan Allah kpd
hamba-hambaNya. Brp banyak cela yg tersembunyi, dan Allah menutupinya dr
pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dr pandangan mereka,
tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia
Allah enggan utk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sbg kurnia dan
kemuliaan bgnya.
Seerti dgn ini tlh dikatakan oleh
Ibn ‘Atha’illah, “Sesiapa yg memuliakanmu, sbnrnya dia tlh memuliakan keindahan
tabir pd dirimu. Keutamaan ada pd diri orang yg memuliakanmu dan menutupi
aibmu, bkn pd diri orang yg menyanjungmu dan berterima kasih kpdmu.”
Abu al-Atahiyah berkata dlm
syairnya:
Allah tlh berbuat baik
kpd kita
Krn kesalahan tdk
menyebar ke mana-mana
Apa yg tersembunyi pd
diri kita
Tentu tersingkap di
sisiNya
Kelima: Tdk
Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Mmg Layak Dipuji
Tdk kedekut memberikan pujian kpd
orang lain yg mmg layak dipuji dan menyanjung orang yg mmg layak disanjung. Di
sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian
dan sanjungan kpd orang yg tdk berhak. Kedua, kedekut memberikan
pujian kpd orang yg layak.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
prnh memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan
mereka, spt sabda Baginda ttg Abu Bakar yg bermaksud: “Andaikata aku boleh
mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sbg
kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku.”
Sabda Baginda kpd Umar: “Andaikata
engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yg lain.”
Sabda Baginda kpd Uthman:
“Sesungguhnya beliau adalah orang yg para malaikat pun berasa malu terhadap
dirinya.”
Sabda Rasulullah terhadap Ali: “Di
mataku engkau spt kedudukan Harun di mata Musa.”
Sabda Rasulullah terhadap Khalid bin
al-Walid: “Beliau adalah salah satu drp pedang-pedang Allah.”
Sabda Rasulullah terhadap Abu
Ubaidah: “Beliau adalah kepercayaan umat ini.”
Masih ramai sahabat yg dipuji Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam, krn kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara
mereka ada dr kalangan pemuda, spt Usamah bin Zaid yg diangkat menjadi komandan
pasukan perang, padahal dlm pasukan tersebut terdapat para pemuka sahabat.
Baginda mengangkat Itab bin Usaid sbg pegawai di Makkah, padahal umurnya masih
dua puluh thn. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda.
Sebahagian di antara mereka lbh diutamakan drp orang-orang yg lbh terdahulu
memeluk Islam, krn kelebihan dirinya, spt Khalid bin al-Walid dan Amr bin
al-Ash.
Boleh jadi seseorang tdk mahu
memberikan pujian kpd orang yg layak dipuji, krn ada maksud tertentu dlm
dirinya, atau krn rasa iri hati yg disembunyikan, spt takut campurtangan di
pejabatnya, atau menyaingi kedudukannya. Krn dia juga tdk mampu utk melemparkan
celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tdk perlu
menyanjungnya.
Kita melihat bagaimana Umar bin
al-Khattab yg meminta pendapat Ibn Abbas dlm pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas
masih sgt muda. Maka para pemuka sahabat berkata kpdnya, “Bicaralah wahai Ibn
Abbas. Krn usia yg muda tdk menghalangimu utk berbicara.”
Keenam:
Berbuat Selayaknya Dlm Memimpin
Orang yg mukhlis krn Allah akan
berbuat selayaknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan ttp
patriotik ketika berada paling blkg, selagi dlm dua keadaan ini dia mencari
keredhaan Allah. Hatinya tdk dikuasai kesenangan utk tampil, menguasai barisan
dan menduduki jabatan strategi dlm kepimpinan. Tetapi dia lbh mementingkan
kemashlahatan bersama krn takut ada kewajipan dan tuntutan kepimpinan yg dia
lewatkan.
Apa pun keadaannya dia tdk bercita-cita
dan tdk menuntut kedudukan utk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia
dibebankan tugas sbg pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan
kpd Allah agar dia mampu melaksanakannya dgn baik. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam tlh mensifatkan kelompok orang spt ini dlm sabda Baginda yg
bermaksud:
“Keuntungan bg hamba yg mengambil
tali kendali kudanya fi sabilillah, yg kusut kepalanya dan yg kotor kedua
telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan blkg, maka dia pun berada di
kedudukan penjagaan.” (HR Imam Bukhari)
Allah meredhai Khalid bin al-Walid
yg diberhentikan sbg komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yg
sentiasa mendapat kemenangan. Stlh itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu
Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dlm kedudukan spt itu pun beliau ttp ikhlas
memberikan pertolongan.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam memperingatkan seandainya ada seseorang yg meminta jawatan dan sengaja
utk mendapatkannya. Tlh disebutkan di dlm as-Shahih, bhw Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam prnh bersabda kpd Abdurrahman bin Samurah:
“Jgnlah engkau memimta jawatan
pemimpin. Krn jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan
mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan
dibebankan kpdmu.” (Muttafaq ‘Alaihi)
Ketujuh:
Mencari Keredhaan Allah, Bkn Keredhaan Manusia
Tdk memperdulikan keredhaan manusia
jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Sbb setiap orang di
antara satu sama lain saling berbeza dlm sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan,
tujuan dan jalan yg ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yg tdk
bertepi, tujuan yg sulit diketahui dan tuntutan yg tdk terkabul. Dlm hal ini
seorang penyair berkata:
Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian
ramai orang
Kini betapa jauh jarak
yg membentang
Di tgh tuntutan-tuntutan
hawa nafsu
Penyair lain berkata:
Jika aku meredhai
orang-orang yg mulia
Tentunya aku memurkai
orang-orang yg hina
Orang yg mukhlis tdk terlalu peduli
dgn semua ini, krn syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dlm satu syair:
Boleh jadi engkau
mengasingkan diri
Tetapi hidup ttp terasa
pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan
orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam
ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta
semua itu tiada daya
Apa yg ada di atas tanah
Ttp menjadi tanah
Kelapan:
Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Krn Allah, Bkn Krn Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian
dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan harus dilakukan krn Allah dan agamaNya,
bkn krn pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tdk spt orang-orang munafik
opportunis yg dicela Allah dlm KitabNya:
“Dan di antara mereka ada yg mencela
mu ttg (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian drpnya, mereka
bersenang hati, dan jika mereka tdk diberi sebahagian drpnya, dgn serta merta
mereka menjadi marah.” (at-Taubah: 58)
Boleh jadi engkau prnh melihat
orang-orang yg aktif dlm lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya
melontarkan perkataan yg mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada
tindakan yg menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang,
lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah.
Ikhlas utk mencapai tujuan
menuntutnya utk cekal dlm berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain
menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sbb dia
berbuat krn Allah, bkn krn kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta
bkn krn kepentingan orang tertentu.
Dakwah kpd Allah bkn spt harta yg
ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang.
Siapa pun orang Mu’min tdk boleh menarik diri dr medan dakwah ini hanya krn
sikap atau tindakan tertentu yg mempengaruhi dirinya.
Kesembilan:
Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yg panjang, lambatnya
hasil yg diperoleh, kejayaan yg tertunda, kesulitan dlm bergaul dgn pelbagai
lapisan manusia dgn perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tdk boleh
membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di
tgh jalan. Sbb dia berbuat bkn sekadar utk sebuah kejayaan atau pun kemenangan,
tetapi yg plagi pokok tujuannya adalah utk keredhaan Allah dan menuruti
perintahNya.
Nabi Nuh ‘alaihissalam, pemuka para
anbia’, hidup di tgh kaumnya selama 950 thn. Beliau berdakwah dan bertabligh,
namun hanya sedikit sekali yg mahu beriman kpd beliau. Padahal pelbagai cara
dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara,
sebagaimana yg difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
“Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku tlh
menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari
(dr kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kpd iman) agar
Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dlm telinganya
dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu
menyombongkan diri.” (Nuh: 5-7)
Sekali pun harus menghabiskan masa
selama 950 thn, beliau ttp menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yg
berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yg lain berpaling dr beliau, sekali
pun beliau sgt berharap mereka mahu beriman.
Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita
individu-individu Mu’min di dlm surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa
fi sabilillah dan mereka tdk mengatakan, “Kematian ini dpt memberi apa-apa
manfaat terhadap dakwah kita?”
Mereka tdk berkata spt itu, krn
mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tgn
Allah. Siapa yg tahu kalau pun darah mereka itu merupakan santapan lazat bg
pohon iman generasi berikutnya?
Perkara yg prinsip, alam orang yg
mukhlis hanya bg Allah semata. Dia cekal dlm hal ini dan terus spt itu. Hasil
dan buah di dunia diserahkan kpd Allah, krn Allah-lah yg menyediakan
penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya,
maka segala puji hanya bg Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu
hanya milik Allah.
Sesungguhnya di akhirat Allah tdk
akan bertanya kpd manusia, “Mengapa engkau tdk memperoleh kemenangan?” Tetapi
Dia akan bertanya, “Mengapa engkau tdk berusaha?”
Allah tdk bertanya, “Mengapa engkau
tdk berjaya?” Tetapi Dia bertanya, “Mengapa engkau tdk melakukannya?”
Berasa senang jika ada seseorang yg
mempunyai kemampuan, bergabung dlm barisan mereka yg mahu beramal, utk
menegakkan bendera atau ikut taat dlm amal. Hal ini harus disertai dgn usaha
memberikan kesempatan kpdnya, sehingga dia dpt mengambil tempat yg sesuai dgn
kedudukannya. Dia tdk harus rasa terganggu, terganjal, dengki atau pun gelisah
krn kehadirannya. Malahan jika orang yg mukhlis melihat ada orang lain yg lbh
baik drp dirinya yg mahu memikul tanggungjawabnya, maka dgn senang hati dia akn
mundur, memberikan tanggungjawabnya kpd orang itu dan dia berasa senang
menyerahkan jawatan kpdnya.
Sebahagian orang yg memegang
jawatan, lbh-lbh lagi jika berada di barisan hadapan, tdk mahu menyerah dlm
mempertahankan kedudukannya, tdk mahu berundur walau bagaimanapun keadaannya
dan suka menekan orang lain. Dia berkata, “Ini merupakan kedudukan yg tlh
diberikan Allah kpdku, maka aku tdk mahu melepaskannya. Ini adalah pakaian yg
tlh dikenakan kpdku, maka aku tdk mahu membukanya. Kedudukan ini dtg dr
langit.”
Padahal waktu terus berlalu, keadaan
berubah dan kekuatan menjadi lemah. Setiap masa diperuntukkan bg mereka yg
sesuai dgnnya, sebagaimana setiap tempat diperuntukkan bg orang yg mmg sesuai
dgn tenoat itu. Banyak cemuhan ditujukan kpd penguasa yg bermati-matian
mempertahankan kerusi dan kedudukannya, dgn anggapan bahawa merekalah yg paling
mampu mengendalikan perahu dan menjaganya dr terpaan angin taufan.
Ketika mendapat kritik dr orang
lain, para da’ie Muslim tdk boleh menutup mata atau menutup telinga. Mereka
juga tdk boleh lpd tgn demi kemaslahatan dakwah sebagaimana orang lain yg tdk
boleh lps tgn demi kemaslahatan negara dan ummah. Krn andai lpd tgn, boleh jadi
itu merupakan belenggu syaitan dan godaan yg dibisikkan ke dlm hati para
aktivitis Islam. Sehingga jika yg lbh banyak berbicara adalah kepentingan diri
sendiri, kecintaan kpd kedudukan dan dunia, maka itu dianggap pengabdian
terhadap agama.
Brp ramai jemaah atau harakah yg
disusupi kezaliman dr luar, pengaruh dr dlm atau kepincangan dlm berfikir dan
beramal, tiada inovasi dan tajdid, sbg akibat dr kerakusan satu atau dua orang
yg terlibat di dlmnya. Dia tdk mahu melepaskan kedudukannya kpd orang lain. Dia
lupa bahawa bumi ini terus berputar, planet-planet terus berlalu, dunia terus
berubah. Tetapi ternyata mereka tdk mahu berputar seiring dgn putaran bumi, tdk
berubah seiring dgn perubahan waktu dan tempat serta keadaan manusia.
Malahan di antara mereka ada yg
memikul beban dan tanggungjawab melebihi kemampuan bahunya. Padahal maksudnya
ialah utk menghalang jalan bg orang lain yg lbh mampu dan lbh bertenaga, bkn
sahaja orang lain itu dpt dikerahkan utk mengurangkan beban amanat yg
dipikulnya malah sekaligus sbg melatih diri utk memikul tanggungjawab.
Kesebelas:
Rakus Terhadap Amal Yg Bermanfaat
Di antara bukti ikhlas adalah rakus
terhadap amal yg paling diredhai Allah, dan bkn yg paling diredhai oleh dirinya
sendiri. Sehingga orang yg mukhlis lbh mementingkan amal yg lbh banyak
manfaatnya dan lbh mendalam pengaruhnya, tanpa disusupi hawa nafsu dan
kesenangan diri sendiri.
Dia senang melakukan puasa nafilah
dan solat dhuha. Namun sekali pun waktunya dihabiskan utk mendamaikan mereka yg
sdg bertikai, justeru itulah yg lbh dipentingkannya. Dlm sebuah hadith
disebutkan:
“Ketahuilah, akan ku khabarkan kpdmu
ttg sesuatu yg lbh utama drp darjat puasa, solat dan sedekah. Iaitu mendamaikan
di antara sesama manusia. Sbb kerosakan di antara sesama amnusia adalah
pemotong.” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi, hadith shahih)
Dia mendapatkan kesenangan di hati
dan kegembiraan di dlm jiwa jika boleh melaksanakan umrah pd setiap bulan
Ramadhan dan haji pd musimnya. Tetapi dikatakan kpdnya, “Sumbangkan saja wang
itu utk ikhwan kita di Palestin atau Bosnia atau Kashmir yg sdg mengalami
kehancuran.” Jika hatinya tdk lapang dan menolak, maka dia spt apa yg dikatakan
al-Ghazali sbg orang yg tertipu.
Ada seorang penderma dr salah satu
negara kaya yg berkunjung ke Afrika utk membangun sebuah masjid. Di sana dia
ditemui oleh para wakil masyarakat, yg mengusulkan akar dia membaiki bbrp
masjid lama yg hampir roboh. Sementara masjid-masjid itu berada di tempat strategik
di tgh permukiman penduduk dan kewujudannya sgt diperlukan. Tabung yg mestinya
utk membangun satu masjid yg direncanakan, cukup utk membaiki sepuluh masjid
lama yg sudah ada dan hampir roboh itu. Tetapi ternyata dia menolak, kecuali
jika namanya digunakan utk nama-nama masjid tersebut.
Kedua Belas:
Menghindari Ujub
Di antara tanda kesempurnaan ikhlas
ialah tdk merosak amal dgn ujub, berasa senang dan puas terhadap amal yg tlh
dilakukannya. Sikap spt ini dpt membutakan matanya utk melihat celah-celah yg
sewaktu-waktu muncul. Seharusnya apa yg perlu dilakukan oleh orang Mu’min stlh
melaksanakan suatu amal ialah takut jikalau dia tlh melakukan kelalaian,
disedari mahupun tdk disedari. Maka dr itu dia takut jikalau amalnya tdk
diterima. Allah berfirman:
“Sesungguhnya Allah hanya menerima
(korban) dr mereka yg bertaqwa.” (al-Maidah: 27)
Di antara ungkapan yg sgt berkesan
dlm masalah ini, yg dinisbatkan kpd Ali bin Abi Thalib adalah, “Suatu keburukan
yg menyesakkanmu lbh baik di sisi Allah drp kebaikan yg membuatmu ujub.”
Pengertian spt ini juga ditetapkan
Ibn ‘Atha’illah di dlm Al-Hikam, beliau berkata, “Boleh jadi Allah membuka
pintu ketaatan bagimu, tetapi tdk membuka pintu penerimaan amal bagimu. Boleh
jadi Allah mentaqdirkan kederhakaan ke atas dirimu, lalu kederhakaan itu
menjadi sbb yg menghantarkan ke tujuan. Kederhakaan yg membuahkan ketundukan
dan kepasrahan lbh baik drp ketaatan yg membuahkan ujub dan kesombongan.”
Dr sini al-Quran memperingatkan agar
tdk menyertai sedekah dgn menyebut-nyebut sedekah itu dan ucapan yg
menyakitkan, krn dikhuatirkan justeru menggugurkan pahala yg dihilangkan
pengaruhnya. Allah berfirman yg bermaksud:
“Perkataan yg baik dan pemberian
maaf lbh baik drp sedekah yg diiringi dgnsuatu yg menyakitkan (perasaan si
penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun. Hai orang-orang yg beriman,
jgnlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah kamu dgn menyebut-nyebutnya dan
menyakiti (perasaan si penerima), spt orang yg menafkahkan hartanya krn riya’
kpd manusia dan dia tdk beriman kpd Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan
bg orang itu adalah spt batu licin yg di atasnya ada tanah, kemudian batu itu
ditimpa hujan lebat, lalu jadilah ia bersih (tdk bertanah).” (al-Baqarah:
263-264)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam juga memperingatkan ujub dan menjadikannya termasuk hal-hal yg
merosak. Ibn Umar meriwayatkan dr Baginda yg bermaksud:
“Tiga perkara yg merosak dan tiga
perkara yg menyelamatkan. Sedangkan perkara-perkara yg merosak adalah kedekut
yg ditaati, hawa nafsu yg diikuti dan ujub seseorang terhadap
dirinya.” (HR Imam at-Thabrani, hadith hasan dlm Shahih al-Jami’
as-Shaghir, no. 3045)
Al-Quran tlh mengisahkan kpd kita
kejadian yg dialami kaum Muslimin pd waktu Perang Hunain. Allah tlh memberikan
kemenangan kpd mereka sewaktu Perang Badar, padahal mereka sama sekali tdk
diunggulkan menang. Allah juga memberikan kemenangan kpd mereka pd Perang
Khandaq, yg sblm itu pandangan mereka meredup, hati mereka naik ke atas hingga
sampai ke tenggorokan, mereka menduga yg bukan-bukan terhadap Allah dan mereka
tergoncang dgn hebat. Allah juga memberikan kemenanagn kpd mereka pd waktu
Perang Khaibar dan Fathu Makkah. Tetapi pd waktu Perang Hunain mereka menjadi
ujub krn jumlah mereka yg banyak. Ternyata jumlah yg banyak ini tdk memberi manfaat
apa-apa, hingga mereka pasrah kpd Allah. Mereka pun menyedari bahawa kemenangan
datang hanya dr sisi Allah. Dia berfirman yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tlh menolong
kamu (hai kaum Mu’min) di medan peperangan yg banyak, dan (ingatlah) peperangan
Hunain, iaitu pd waktu kamu menjadi sombong krn banyaknya jumlah kamu, maka
jumlah yg banyak itu tdk memberi manfaat kpd kamu sedikit pun, dan bumi yg luas
itu tlh terasa sempit oleh kamu, kemudian kamu lari ke blkg dgn bercerai-berai.
Kemudian Allah menurunkan ketenangan kpd RasulNya dan kpd mereka yg
beriman.” (at-Taubah: 25-26)
Orang Mu’min yg sedar adalah mereka
yg menyerahkan segala urusannya hanya kpd Allah, lalu percaya bahawa kemenangan
hanya dtg dr sisiNya. Firman Allah:
“Dan kemenangan itu hanyalah dr
Allah Yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Aali Imran: 126)
Kemuliaan juga datang hanya dr
sisiNya:
“Barangsiapa yg menghendaki
kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu.” (Fathir: 10)
Taufiq kpd hal-hal yg baik juga
berasal dr pertolongan Allah. FirmanNya:
“Dan tdk ada taufiq bagiku melainkan
dgn (pertolongan) Allah.”(Hud: 88)
Hidayah hanya dtg dr sisiNya:
“Barangsiapa yg disesatkanNya, maka
kamu tdk boleh mendapatkan seorang pemimpin pun yg dtg yg mampu memberikan
petunjuk kpdnya.” (al-Kahfi: 17)
Dikatakan dlm sebuah syair:
Andaikan Allah tiada
mempedulikan kehendakmu
Nescaya tdk akan ada
pilihan bg semua manusia
Andaikan Dia tdk memberi
petunjuk jalanmu
Nescaya kau akan
tersesat sekali pun langit ada di sana
Ketiga
Belas: Peringatan Agar Membersihkan Diri
Al-Quran tlh memperingatkan utk
membersihkan diri dr pujian dan sanjungan ke atas dirinya, sebagaimana
firmanNya:
“Dia lbh mengetahui tentang
(keadaan) kamu, ketika Dia menjadikan kamu dr tanah dan ketika kamu masih dlm
janin perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dialah yg
paling mengetahui tentang orang yg bertaqwa.” (an-Najm: 32)
Allah mencela orang-orang Yahudi dan
Nasrani yg menganggap dirinya suci. Firman-Nya yg bermaksud:
“Apakah kamu tdk memerhatikan orang
yg menganggap dirinya bersih? Sebenarnya Allah membersihkan sesiapa yg
dikehendaki-Nya dan mereka tdk dianiaya sedikit pun.” (an-Nisa: 49)
Hal ini terjadi krn mereka berkata,
spt yg dijelaskan Allah yg bermaksud:
“Kami ini adalah anak-anak Allah dan
keksih-kekasih-Nya.” (al-Maidah: 18)
Perkataan mereka ini disanggah dgn
firman-Nya yg bermaksud:
“Tetapi kamu adalah manusia (biasa)
di antara orang-orang yg diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yg
dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yg dikehendaki-Nya. Dan, kepunyaanl
Allah-lah kerajaan di antara keduanya, dan kpd Allah-lah kembali (segala
sesuatu).” (al-Maidah: 18)
Orang yg tlh melakukan sesuatu amal
shaleh, tdk boleh mempamerkan amalnya itu, kecuali jika utk menyampaikan nikmat
Rabb-Nya:
“Dan terhadap nikmat Rabb-mu, maka
hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dgn bersyukur).” (ad-Dhuha: 11)
Selain itu ia bertujuan utk
memancing orang lain agar mengikutinya. Sabda Baginda yg bermaksud:
“Barangsiapa membuat sunnah yg baik,
maka dia mendapat pahala sunnah itu dan pahala orang yg
mengerjakannya.” (HR Imam Muslim)
Dibolehkan juga jika bertujuan utk
membela diri krn ada tuduhan yg dilemparkan kpdnya, padahal dia tdk
bersangkut-paut dgn tuduhan tersebut, atau mungkin ada sebab-sebab lain. Semua
itu diperbolehkan bg orang yg batinnya sudah kuat krn Allah semata dan bukan
krn tujuan yg bukan-bukan serta tdk tergolong pd ujub, tdk bertujuan mencari
sanjungan dr orang lain dan mendapatkan kedudukan di kalangan masyarakat. Namun
memang jrg orang yg bebas dr tujuan ini.
Orang Islam harus waspada, jgn
sampai ujub terhadap diri sendiri, krn kebaikan dan keshalihan yg dilakukannya,
atau keyakinan bahawa hanya dialah yg beruntung sdg yg lain merugi, atau dia
dan jamaahnyalah yg layak disebut al-firqah an-najiyyah (golongan yg selamat)
sdgkan semua kaum Muslimin rosak, atau hanya merekalah yg layak disebut thaifah
manshurah (kelompok yg mendapat pertolongan) sdgkan yg lain dibiarkan.
Pandangan terhadap diri sendiri spt
ini adalah ujub yg merosak, dan pandangan terhadap orang-orang Islam spt itu
adalah pelecehan yg menghinakan.
Dlm sebuah hadith shahih disebutkan:
“Jika seseorang berkata ‘Manusia tlh rosak’, maka dialah yg lbh rosak drp
mereka.” (HR Imam Muslim)
Hadith ini diriwayatkan dgn bacaan ‘ahlakuhum’,
dgn pengertian bahawa justeru dialah yg lbh byk dan lbh cepat menimbulkan
kerosakan, krn dia terpedaya oleh diri sendiri, congkak terhadap amalannya dan
melecehkan orh lain. Dgn bacaan dan makna spt ini, bererti dialah yg
menyebabkan kerosakan mereka, krn dia berasa lbh unggul dr mereka dan juga
membuatkan mereka berputus asa terhadap rahmat Allah.
Al-Imam an-Nawawi rahimahullah
berkata, “Larangan ini ditujukan kpd orang-orang yg berkata spt itu, krn ujub
terhadap diri sendiri, mengecilkan org lain dan berasa dirinya lbh
unggul dr mereka. Ini adalah perbuatan yg diharamkan. Tetapi jika
perkataan spt itu disampaikan krn memang ada kekurangan dlm pengamalan agama
mereka atau krn rasa prihatin terhadap situasi mereka dan juga situasi agama
mereka, maka hal itu tidak apa-apa. Inilah yg ditafsir dan dihuraikan oleh para
ulama, spt yg dikatakan olek Malik bin Anas, al-Khattabi, al-Humaidi dan
lain-lainnya.
Dlm hadith lain disebutkan, yg
bermaksud:
“Cukuplah seseorang disebut buruk
jika dia mencela saudara Muslimnya.” (HR Imam Muslim)
Sebab di antara orang Islam atas
orang Islam lainnya adalah dilarang menzalimi, menghinakan dan melecehkannya.
Tdk mungkin seseorang mencela saudaranya sendiri, sdgkan mereka ibarat dua
cabang yg melekat di satu pohon yg sama.
MGM Resorts, Resorts, Casinos: Everything You Need to Know
BalasHapusWhat does MGM Resorts, Resorts, and Casinos look like in Las Vegas? 원주 출장마사지 — 김해 출장샵 If you've never heard of MGM Resorts, 성남 출장안마 then you've probably 여주 출장마사지 heard of MGM. 안양 출장샵 In